Monday, February 27, 2012

Taklimat Kesedaran ICT

Hari: Rabu (29 Februari 2012)

Tempat: Pusat Akses SKTJ

Masa: 2.30 - 3.30 petang (untuk TAHUN 6)
Masa: 4.00 - 5.00 petang (untuk TAHUN 5)

Kehadiran adalah diwajibkan kepada pelajar yang telah berjumpa kaunseling.

Harap maklum, terima kasih


P/s:
TAKLIMAT eBOOK
6 MALIKI=Isnin,27/2/2012 (2.30-3.30PM)

Tuesday, February 21, 2012

Sila Layari Laman Web Terpilih

Bagi meningkatkan lagi penggunaan ICT di dalam kelas, murid-murid boleh melayari laman-laman web berikut;




NOTA: Sila jumpa cikgu berkenaan bagi mendapatkan ID & Password;
  • T-Score = Cikgu Saiful, PK1 @ EIO
  • Zoom-A = Cikgu Norita
   

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidurrasul 1433H

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.
...
Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

♥ Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad ♥

Thursday, February 2, 2012

Jadual Penyelenggaraan eBook Tahun 6 2012

Assalamua'laikum w.b.t.

Kepada semua pelajar Tahun 6, sila hantar eBook untuk masukkan program pembelajaran MyCD Tahun 6 mengikut jadual di bawah;

6 Februari 2012 - 6 NAWAWI
7 Februari 2012 - 6 TARMIZI


12 Februari 2012 - 6 NAWAWI 2
14 Februari 2012 - 6 GHAZALI


19 Februari 2012 - 6 MALIKI
21 Februari 2012 - 6 HANAFI


26 Februari 2012 - 6 SHAFIE
28 Februari 2012 - 6 BUKHARI


Tindakan akan diambil bagi yang tidak hantar pada masa yang ditetapkan.

Harap maklum, terima kasih.


-Arahan Guru Besar-