Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri! =)

Berlalu Ramadhan fajar Syawal menjelma,
Muslimin muslimat menyambut hari raya..
 
Takbir dilaungkan tahmid dibacakan,
Sebulan puasa telah disempurnakan..

Tangan dihulurkan mohon kemaafan,
Ikhlaskan di hati syukur pada Ilahi..
 
Diucapkan Selamat Hari Raya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!


Sempena bulan baik ini, EIO mohon maaf jika ada terguris hati, terkasar bahasa, tersalah bicara bersama adik-adik samada yang tak disengajakan atau tidak.. sama-sama kita saling bermaafan antara satu sama lain di bulan yang mulia ini=)

Tuesday, August 14, 2012

Program Kecemerlangan UPSR 2012

Assalamu'alaikum w.b.t. & Salam LailatulQadar,

PERHATIAN: SEMUA MURID TAHUN 6

Sila bawa eBook pada hari Rabu (15/8/2012) 
& pastikan bateri eBook dicas penuh.


Buat makluman murid, EIO akan masukkan program soalan UPSR untuk adik-adik ulangkaji sempena cuti raya nanti..jangan lepaskan peluang keemasan ini! :)

Tindakan akan diambil pada murid yang ingkar.
Harap maklum, terima kasih atas kerjasama yang bakal dberikan. =)

-Arahan JPNT, PPD, Guru Besar Sekolah-

P/s: Hantar eBook selewat-lewatnya pada hari Khamis (16/8/2012)