Sunday, December 23, 2012

Kiamat Rahsia Allah SWT





Amatlah pelik manusia yang menyangka kiamat itu boleh dijangka tarikhnya. 
Apakah kemuliaan yang ada pada mereka (ahli sains), hingga menyangka mereka boleh menjangka apa yang Rasulullah SAW sendiri tidak diberikan ilmu tentangnya?                                                ~Hilal Asyraf~

211212,
Jangan biarkan keimanan manusia itu runtuh atas permainan angka!
Kiamat pasti datang apabila tiba waktu yang ditetapkan Allah, kita hanya perlu persiapkan diri dengan iman & aqidah yg teguh..bukan hanya atas nama sahaja ISLAM, tetapi HATI & AMALAN kita seharian selari dengan perintah Allah Ta'ala & sunnah Nabi Muhammad S.A.W. =)


P/s: Ahli sains bukan tuhan yg boleh menentukan bila kiamat terjadi.. 
Jangan jadi hamba ahli sains TETAPI.. 
JADILAH HAMBA ALLAH ♥
 

- BUAT RENUNGAN UNTUK MASA HADAPAN -

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik di Padang Mahsyar kelak kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Jom kita hayati nama-nama Allah yang Maha Indah!