Thursday, March 28, 2013

Salam Perpisahan Dr. EIO

Assalamu'alaikum w.b.t.

Buat makluman adik-adik yang disayangi,
hari ni (28 Mac 2013) merupakan hari terakhir Kakya bertugas sebagai EIO SK TOK JIRING.

Oleh itu, Kakya mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik-adik, cikgu-cikgu dan staff-staff yang sentiasa memberi kerjasama yang terbaik agar program eBook di sekolah ini berjalan lancar dengan jayanya =)

Di kesempatan ini, Kakya mohon ampun maaf jika sepanjang perkenalan ini ada yang terguris hati, terkasar bahasa dengan Kakya..sesungguhnya tiada yang lain yang ingin Kakya sampaikan supaya adik-adik memahami erti kehidupan di dunia yang sementara ini...insyaa-Allah, jika ada rezeki kita jumpa lagi di lain hari (^_^)

 Jauh di mata tapi dekat di hati (",)

EIO Kakya,
Azmalia binti Mohamed Fadzil

Monday, February 25, 2013

Kuiz T-SCORE bagi Murid Tahun 4, 5 & 6 Tahun 2013

Assalamu'alaikum w.b.t,

Untuk makluman adik-adik, Kuiz T-SCORE bagi Tahun 2013 telahpun bermula!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana menjawab soalan online adalah salah 1 teknik belajar yg berkesan..jika diniatkan kerana Allah, insyaAllah ianya akan jadi ibadah..untung kan?

Sila klik di sini untuk dapatkan Username T-Score =)

Selamat Berjaya! ^_^

Sunday, January 27, 2013

Jadual Penyelenggaraan eBook Tahun 6 2013

Assalamu'alaikum w.b.t. adik-adik,

Kepada SEMUA MURID TAHUN 6,
Sila hantar eBook mengikut jadual kelas masing-masing.
Jadual Penyelenggaraan eBook Tahun 6 adalah seperti berikut;

6 NAWAWI = 27 Januari 2013 (Ahad)

6 NAWAWI 2 = 29 Januari 2013 (Selasa)

6 MALIKI = 3 Februari 2013 (Ahad)

6 SHAFIE = 5 Februari 2013 (Selasa)

6 BUKHARI = 12 Februari 2013 (Selasa)  
**Selepas Cuti Tahun Baru Cina

6 HANAFI = 17 Februari 2013 (Ahad)

6 GHAZALI = 18 Februari 2013 (Isnin)

6 TARMIZI = 19 Februari 2013 (Selasa)


P/s: Sila hantar pada waktu rehat sahaja.
Pastikan bateri eBook dicas penuh.

Harap maklum, terima kasih di atas kerjasama :)

-EIO Kakya-


Nota: Taklimat Program Frog & pengambilan eBook akan dibuat sehari selepas tarikh hantar.

Thursday, January 24, 2013

Kami Sayang RASULULLAH S.A.W :)

Salam Maulidurrasul 1434H! =)

Jadikan NABI MUHAMMAD S.A.W. sebagai IDOLA TERBAIK KITA di dalam rutin kehidupan seharian :)

Bangun tidur, ikut sunnah Nabi..
Makan nasi, ikut sunnah Nabi..
Semuanya ikut sunnah Nabi..

Baru leh masuk SYURGA jumpa Nabi Muhammad! :D

Jom kita selawat pada Nabi Muhammad S.A.W.




Monday, January 14, 2013

PERHATIAN: KEPADA SEMUA PELAJAR BARU SKTJ Tahun 2013

Assalamua'laikum w.b.t.

Selamat Datang kepada semua pelajar baru ke Sekolah Kebangsaan Tok Jiring bagi sesi 2013.
Kedatangan anda amat dialu-alukan =)

Oleh itu, minta kerjasama SEMUA PELAJAR BARU, SILA JUMPA EIO SEKOLAH dengan KADAR SEGERA sebelum hari RABU (16/1/2013). 

Harap maklum & Terima kasih di atas kerjasama yg diberikan (",)  

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Kembali ke Alam Persekolahan Tahun 2013 =)


Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran kami pada tahun ini 
& bantulah kami memperbaiki akhlak kami seindah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. yang tercinta...
Aamin :)

Sunday, December 23, 2012

Kiamat Rahsia Allah SWT





Amatlah pelik manusia yang menyangka kiamat itu boleh dijangka tarikhnya. 
Apakah kemuliaan yang ada pada mereka (ahli sains), hingga menyangka mereka boleh menjangka apa yang Rasulullah SAW sendiri tidak diberikan ilmu tentangnya?                                                ~Hilal Asyraf~

211212,
Jangan biarkan keimanan manusia itu runtuh atas permainan angka!
Kiamat pasti datang apabila tiba waktu yang ditetapkan Allah, kita hanya perlu persiapkan diri dengan iman & aqidah yg teguh..bukan hanya atas nama sahaja ISLAM, tetapi HATI & AMALAN kita seharian selari dengan perintah Allah Ta'ala & sunnah Nabi Muhammad S.A.W. =)


P/s: Ahli sains bukan tuhan yg boleh menentukan bila kiamat terjadi.. 
Jangan jadi hamba ahli sains TETAPI.. 
JADILAH HAMBA ALLAH ♥
 

- BUAT RENUNGAN UNTUK MASA HADAPAN -

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik di Padang Mahsyar kelak kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Jom kita hayati nama-nama Allah yang Maha Indah!