Wednesday, May 30, 2012

Jom Sertai Kuiz T-Score Online!

Assalamu'alaikum w.b.t. adik-adik,
Buat makluman semua, pihak TOP IT Industries dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah bersetuju untuk mengadakan Bulan Kuiz TScore - Online Tutorial bermula 1 Jun 2012.

Hadiah berupa wang tunai dan Sijil akan dihadiahkan kepada 10 orang murid yang akan dinilai melalui markah tertinggi dan kekerapan menjawab soalan didalam laman portal TScore pada SETIAP BULAN.

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 4 5 dan 6 yang telah berdaftar di dalam Laman Portal TScore <--- Sila klik di sini
Tidak lupa juga pada pihak sekolah, hadiah berupa RM200 akan diberikan kepada sekolah yang telah mengumpul markah tertinggi dan kekerapan murid sekolah tersebut mengunakan portal TScore. 
Pertandingan ini akan bermula pada 1 haribulan setiap bulan dan akan berakhir pada 25 haribulan pada setiap bulan. Senarai nama pemenang dan sekolah akan dimaklumkan pada 27 haribulan dan majlis penyampai hadiah akan diadakan di sekolah. Pihak TOP IT akan ke sekolah tersebut untuk sesi penyampaian hadiah.


Terima Kasih,
Administrator
TScore - Online Tutorial
 
Oleh itu, jom adik-adik rebut peluang keemasan ini! 
Good Luck! 
\(^^)/
  Nota: 
USERNAME - mengikut no. S/B (huruf kecil & tiada jarak)
PASSWORD - seperti yang dimaklumkan =)
  
 P/s: Sila klik "Comments" untuk dapatkan "USERNAME" masing-masing

Saturday, May 26, 2012

:: Makluman Dari EIO ::


Buat makluman adik-adik, 
EIO akan terlibat dengan Program Tunas Ilmu 2012 bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang,Terengganu bermula 27 ~ 29 Mei 2012 (Ahad ~ Selasa).


Oleh itu, sebarang urusan @ kelas akan dibuat selepas tarikh tersebut.
Harap maklum. Segala kesulitan amatlah dikesali..

Selamat bercuti! :)

-EiO SK Tok Jiring-

Wednesday, May 23, 2012

Taklimat eBook Tahun 5 2012

Assalamu'alaikum w.b.t,

Kepada SEMUA MURID TAHUN 5,
sila hadir pada Taklimat eBook Tahun 5 2012 seperti waktu berikut;

Hari: Rabu (23 Mei 2012)
Masa: 12.20 (Jadual Kawalan Kelas)
Tempat: Surau sekolah.

Semua diwajibkan hadir. Jika tidak, eBook tidak boleh diambil pada keesokkan harinya.
Harap maklum. Terima kasih di atas kerjasama. =)

Saturday, May 12, 2012

Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Ibu & Hari Guru

Assalamu'alaikum adik-adik SKTJ,

Sempena meraikan sambutan Hari Ibu & Hari Guru yang bakal tiba,
satu Pertandingan Mereka-Cipta Kad Ucapan Hari Ibu / Hari Guru akan diadakan secara TERBUKA kepada semua pelajar SK Tok Jiring.

Kepada adik-adik yang berminat untuk menyertainya,
sila hantarkan kad ucapan tersebut ke alamat emel: eio.azmaliafadzil@gmail.com selewat-lewatnya pada 15 Mei 2012.
Jangan lupa tulis nama penuh & kelas pada kad ucapan adik-adik ye! =)

P/s: Kad ucapan yang menarik, kreatif serta cantik akan disiarkan di laman web ini \(^,^)/

- EiO SK Tok Jiring -

Thursday, May 3, 2012

Jadual Penyelenggaraan eBook Tahun 5 2012

Assalamua'laikum w.b.t,

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 5,
Sila hantar eBook pada waktu rehat mengikut KELAS seperti berikut;

7 Mei 2012 (Isnin) = 5 Nawawi, 5 Nawawi II & 5 Maliki
8 Mei 2012 (Selasa) = 5 Shafie, 5 Bukhari & 5 Hanafi
9 Mei 2012 (Rabu) = 5 Ghazali & 5 Tarmizi



P/S: Tindakan akan diambil bagi murid yang hantar eBook lambat dari tarikh yang ditetapkan. Nama akan diberi kepada Guru Kelas & Guru Disiplin. 



Berikut adalah nama murid yang belum hantar eBook;

1) Nur Iqbal Afiq bin Sahrul Hisham (5 Bukhari)
2) Muhammad Arif bin Saidi (5 Hanafi)
3) Muhammad Aiman Fardhan bin Mohd Jafri (5 Ghazali)
4) Muhammad Asyraf Daniel bin Ismail (5 Ghazali)
5) Muhammad Atiq Badri bin Razali (5 Tarmizi)

P/s: Kepada nama-nama dia atas, sila hantar eBook selewat-lewatnya hari Selasa (15 Mei 2012) sebelum nama anda dihantar kepada Cikgu Displin. Harap maklum.

Wednesday, May 2, 2012

Selamat Menjawab T-Score 2012 ;)

Assalamua'laikum w.b.t,

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6,
Anda boleh mula menjawab soalan-soalan peperiksaan online T-SCORE mulai sekarang!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, 
SELAMAT BERJAYA! \(^, ^)/

 





NOTA:
Murid-murid boleh dapatkan USERNAME & PASSWORD masing-masing dengan EIO SEKOLAH @ CIKGU SAIFUL. Harap maklum, terima kasih.