Monday, July 23, 2012

Jom Ihya' Ramadhan :)

* Ihya' Ramadhan = hidupkan Ramadhan

Murid Cerdik, 
Celik IT, Celik Al-Qur'an

 
^ Klik gambar di atas ^
Jom tadarus Al-Quran bersama²! :)

 
^ Klik gambar di atas ^
 Jom sama² hayati 'rahsia' ayat² suci Al-Quran :)


^ Tekan butang 'Play' utk saksikan video di atas ^
Untuk renungan bersama di akhir zaman...
Jangan kerana keseronokan dunia, kita terlepaskan peluang untuk masuk ke Syurga..
Setiap perbuatan kita di dunia akan dipertontonkan & dipersoal semula di akhirat kelak..
Jadi, sama-sama kita ingat-mengingati antara kawan-kawan sementara masih diberi peluang bernafas di bumi ini =) 
Jom mengimarahkan Ramadhan kali ini! :D

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan al-Mubarak :)


SELAMAT MENUNAIKAN PUASA RAMADHAN

Sempena bulan yang mulia ni,
EIO mohon maaf jika ada salah & silap
serta memaafkan adik-adik semua..
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak! :)

Selamat berpuasa, berterawih, bertadarus, berzikir, bertahmid, beriktikaf, berbuka, bersahur dan yang terPENTING, berjihad melawan hawa nafsu!


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa
Allah S.W.T. berfirman ;

“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. 

Puasa itu ibarat perisai. 
Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa.”

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” 

Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”

(Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)




Jom adik-adik!
Sama-sama kita merebut BONUS berganda di bulan yang mulia ini,
Semoga Ramadhan kita pada tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik daripada sebelumnya..insyaAllah :)

Monday, July 9, 2012

Persediaan Menyambut Ramadhan :)

Antara persediaan yang kita boleh buat sebelum menjelang Ramadhan adalah :

1) perbaiki solat <-- solat di awal waktu dan tak tangguh solat.
2) cuba refresh balik cara solat sunat tarawih
3) banyakkan membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran
4) sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah
5) banyakkan puasa dan solat sunat <-- nanti tak lah terkejut sangat time ramadan nanti. ada pahala pula tu :)
6) latih diri untuk bersabar <-- senyum adalah terapi emosi. so, senyum! =)
7) sentiasa dalam keadaan yang positif dan bersemangat!
8) banyakkan diam, kurangkan bergosip!
9) hadkan masa dengan facebook, twitter, online game, ps3 dan sewaktu dengannya.. <-- gantikan dgn jawab T-Score, dpt pahala ibadah ilmu :)
  
Bagaimana dengan persiapan Ramadhan adik-adik? 
Jom kita ubah diri ke arah yang lebih baik, insyaAllah Syurga menanti =)


 
"Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.." 
Amiin :) 



Source: Internet 

Monday, July 2, 2012

Bengkel ICTL Tahun 5

Assalamu'alaikum w.b.t.

PERHATIAN: SEMUA MURID TAHUN 5

Oleh kerana, pada hari SELASA depan (10/7/2012) diadakan Karnival Sukan,
maka BENGKEL ICTL akan digantikan pada hari Sabtu ini (7/7/2012).

P/s: Sila pastikan bateri eBook di cas penuh & bawa pengecas sebagai backup.

Pakaian: Baju Sekolah

Harap maklum, TQ =)


================================================================================

Anda dikehendaki membawa eBook pada setiap hari  SELASA untuk Bengkel ICTL yang akan diadakan pada pukul 2.00 - 4.00 petang.

Sila sebarkan pada kawan-kawan yang lain.Terima kasih :)

Harap maklum.

-Arahan Guru Besar-