Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan al-Mubarak :)


SELAMAT MENUNAIKAN PUASA RAMADHAN

Sempena bulan yang mulia ni,
EIO mohon maaf jika ada salah & silap
serta memaafkan adik-adik semua..
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak! :)

Selamat berpuasa, berterawih, bertadarus, berzikir, bertahmid, beriktikaf, berbuka, bersahur dan yang terPENTING, berjihad melawan hawa nafsu!


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa
Allah S.W.T. berfirman ;

“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. 

Puasa itu ibarat perisai. 
Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa.”

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” 

Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”

(Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)




Jom adik-adik!
Sama-sama kita merebut BONUS berganda di bulan yang mulia ini,
Semoga Ramadhan kita pada tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik daripada sebelumnya..insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment