Thursday, October 25, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1433H





لَبَّيْكَ اللَّهمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لبَيْكَ،
 إنَّ الْحَمْدَ وَاْلنِعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

" Wahai Tuhan kami, Kami datang dengan semata-mata ikrar setia dan taat kepada perintah-MU, 
Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-MU, kami sahut seruan-MU, 
Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagi-MU, 
Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-MU."



Semoga kehadiran Aidil Adha ini memberikan kita 1001 keinsafan dengan menghayati erti sebuah pengorbanan semata-mata kerana kecintaan kepada Allah S.W.T iaitu dengan mengenang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Ketaatan Nabi Ibrahim seharusnya membangkitkan kita dari lamunan terhadap dunia. Dalam mengejar kemajuan dunia sekarang, kita juga mesti mengejar saham akhirat untuk dibawa pulang ke negeri Akhirat yang kekal abadi. Sebagai contoh banyak perkara yang kita mampu untuk berkorban demi menurut perintah Allah S.W.T. ;

1) Seorang pelajar yang sanggup korbankan masa untuk bermain komputer, demi menunaikan Solat apabila telah masuk waktu azan.

2) Seorang pekerja sanggup berkorban menangguhkan dahulu pekerjaannya apabila masuk waktu Solat demi mendapat redha Allah ketika bekerja.

3) Seorang peniaga sanggup korbankan keuntungan dunia daripada makan hasil riba' & haram, demi mendapat keberkatan hasil perniagaannya.

Makanya, itulah yang dimaksudkan berkorban sebagai tanda cinta kita kepada Allah & tanda ketulusan hati kita sebagai seorang hamba Allah atas segala nikmat yang Allah limpahkan tanpa kita bayar sesen pun nikmat-nikmat Allah seperti udara utk bernafas, bermain, bekerja dan sebagainya..Alhamdulillah, segala puji hanya layak untuk Allah Ta'ala :)


لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-NYA adalah ketaqwaan kamu. Demikian ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-NYA kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha yang baik amalnya."
(Al-Hajj Ayat 37)


No comments:

Post a Comment