Tuesday, November 27, 2012

Ya Allah, selamatkan Gaza!

Apabila Allah menyeru agar kita usaha dan berjuang, di akhirat nanti Dia tidak akan bertanya berjayakah kita? Dia akan tanyakan kembali BERUSAHA kah kita?

Cakna diri semula, apa usaha kita untuk Palestin?
Adakah hanya sekadar marah perbuatan laknatullah Yahudi-Zionis?

Jangan kita menjadi mereka yang tidak peduli akan tanah Gaza yang mana di Akhirat nanti para Syuhada yang syahid mempertahankan Al-Aqsa akan bertanya balik kepada kita di Padang Mahsyar nanti "APA YANG SUDAH KAU LAKUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN AL AQSA KITA? MEMBELA NASIB SAUDARA SEAGAMA KITA?"


BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak Palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestin... Allah... T.T

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“YA ALLAH, MEREKA SAUDARA KAMI TETAPI MEREKA TELAH MEMBIARKAN KAMI!”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''


Ayuh terus tembak doa! 
Ya Allah, Engkau selamatkanlah umat Islam Gaza & di seluruh dunia! 
Aamin..



Tuesday, November 20, 2012

Syabas dan Tahniah buat Semua Calon UPSR 2012

Assalamualaikum w.b.t.
 
Alhamdulillah..sekalung Tahniah buat seluruh warga SK Tok Jiring di atas kejayaan memperolehi 45 orang pelajar mendapat 5A di dalam Keputusan Peperiksaan UPSR 2012 semalam, terutamanya kepada warga pendidik yang bertungkus lumus membentuk generasi yang cemerlang akademik, akhlak & agamanya! :)

Semoga kejayaan anda bermanfaat untuk ISLAM. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Terimalah dengan hati yang redha kerana ini hanyalah ujian kecil di dunia..yang PENTING, kita berjaya dalam ujian 'besar' di akhirat :D
Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan cemerlang di dunia & di akhirat! ;)


Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

Thursday, November 15, 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434H

Hidup ini memerlukan HIJRAH untuk
BERJAYA DI DUNIA & CEMERLANG DI AKHIRAT!

Jom hijrah diri ke arah yang lebih baik serta jalan yang diredhai Allah (",)

Sama-sama hijrah daripada
Bermain games melalaikan --> Belajar bersungguh-sungguh
Niat kerana hadiah --> Niat kerana Allah 
Hidup tiada matlamat --> Hidup kerana Allah
 



Sunday, November 4, 2012

Program Frog VLE @ SK Seberang Takir



Pada 3 November 2012 (Sabtu), satu program Latihan FROG VLE telah diadakan di SK Seberang Takir. Seramai 4 orang murid SK Tok Jiring telah dipilih untuk menyertai program ini. Murid-murid telah diberi pendedahan tentang Program Frog VLE yang bakal digunakan pada tahun hadapan.Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan, insyaAllah ;)