Showing posts with label Pertandingan eBook Pasca-UPSR. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan eBook Pasca-UPSR. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Pertandingan SlideShow eBook Pasca UPSR 2012
















Alhamdulillah..Pertandingan SlideShow eBook Pasca-UPSR SK Tok Jiring buat kali ke-2 telah berjaya diadakan pada 10 Oktober yang lalu. Tahniah kepada para pelajar yang mengambil bahagian, anda telah melakukan yang terbaik! ;)
Tak lupa juga ucapan penghargaan kepada Penyelaras Program Tahun 6, Ustazah Norlia sebagai juri pertandingan tersebut. Terima kasih juga kepada Guru Besar, Pn. Hajah Hafsah atas ucapan beliau di akhir majlis tersebut. Segala kerjasama diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat =)

Wednesday, October 17, 2012

Pertandingan eBook-Pasca UPSR >> Typing Speed Test










Alhamdulillah, Pertandingan Typing Speed Test telah berjalan lancar pada 4 Oktober 2012.
Terima kasih kepada murid-murid Tahun 6 yang terlibat serta guru,juruteknik & EIO sekolah. 
Tahniah kepada semua yang menjayakan program eBook ini =)

Pertandingan eBook-Pasca UPSR >> Draw with "Paint"















Alhamdulillah...pada 3 Oktober 2012, satu Pertandingan Draw With "Paint" bagi Program eBook-Pasca UPSR SKTJ 2012 telah diadakan di dalam kelas Tahun 6. Murid-murid telah berjaya mencungkil bakat melukis yang kreatif lagi inovatif, tahniah kepada semua yang menyertainya! ;)

Monday, September 24, 2012

Pertandingan eBook-Pasca UPSR SK Tok Jiring 2012



Assalamu'alaikum w.b.t. & Salam 1 Terengganu,


Kepada semua murid Tahun 6, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan satu Pertandingan eBook-Pasca UPSR SK Tok Jiring pada  
3, 4 & 10 Oktober 2012.

Semua murid diWAJIBkan membawa eBook pada hari pertandingan diadakan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mencungkil bakat terpendam adik-adik =)

Jadual pertandingan adalah seperti di bawah;

1)  DRAW with “PAINT” (3/10/2012)
-         Secara individu
-         Menggunakan software “Paint”
-         Melukis mengikut tema & kreativiti
                       yang akan diberikan

2)   TYPING SPEED TEST (4/10/2012)
           -  Secara individu
           -  Menggunakan software Microsoft 
               Office Word
           -  Menaip artikel yang diberikan dengan  
               cekap & pantas

3)          Slide Presentation (10/10/2012)
 “KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET”
-         Secara berkumpulan (1kump=10 org)
-         Menggunakan software Microsoft Office Power Point
-         Persembahan antara 5-10 slides

                 

Saturday, October 22, 2011

Sekitar Pertandingan eBook-Pasca UPSR SKTJ 2011

Alhamdulillah..buat julung kalinya diadakan Pertandingan eBook-Pasca UPSR SKTJ Tahun 2011 pada 17 hingga 19 Oktober lalu telah berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, insyaAllah :)

DRAW WITH "PAINT"
 

TYPING SPEED TEST

Slide Presentation "KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET"