Tuesday, October 23, 2012

Pertandingan SlideShow eBook Pasca UPSR 2012
















Alhamdulillah..Pertandingan SlideShow eBook Pasca-UPSR SK Tok Jiring buat kali ke-2 telah berjaya diadakan pada 10 Oktober yang lalu. Tahniah kepada para pelajar yang mengambil bahagian, anda telah melakukan yang terbaik! ;)
Tak lupa juga ucapan penghargaan kepada Penyelaras Program Tahun 6, Ustazah Norlia sebagai juri pertandingan tersebut. Terima kasih juga kepada Guru Besar, Pn. Hajah Hafsah atas ucapan beliau di akhir majlis tersebut. Segala kerjasama diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat =)

Wednesday, October 17, 2012

Pertandingan eBook-Pasca UPSR >> Typing Speed Test










Alhamdulillah, Pertandingan Typing Speed Test telah berjalan lancar pada 4 Oktober 2012.
Terima kasih kepada murid-murid Tahun 6 yang terlibat serta guru,juruteknik & EIO sekolah. 
Tahniah kepada semua yang menjayakan program eBook ini =)

Pertandingan eBook-Pasca UPSR >> Draw with "Paint"















Alhamdulillah...pada 3 Oktober 2012, satu Pertandingan Draw With "Paint" bagi Program eBook-Pasca UPSR SKTJ 2012 telah diadakan di dalam kelas Tahun 6. Murid-murid telah berjaya mencungkil bakat melukis yang kreatif lagi inovatif, tahniah kepada semua yang menyertainya! ;)

Monday, September 24, 2012

Pertandingan eBook-Pasca UPSR SK Tok Jiring 2012



Assalamu'alaikum w.b.t. & Salam 1 Terengganu,


Kepada semua murid Tahun 6, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan satu Pertandingan eBook-Pasca UPSR SK Tok Jiring pada  
3, 4 & 10 Oktober 2012.

Semua murid diWAJIBkan membawa eBook pada hari pertandingan diadakan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mencungkil bakat terpendam adik-adik =)

Jadual pertandingan adalah seperti di bawah;

1)  DRAW with “PAINT” (3/10/2012)
-         Secara individu
-         Menggunakan software “Paint”
-         Melukis mengikut tema & kreativiti
                       yang akan diberikan

2)   TYPING SPEED TEST (4/10/2012)
           -  Secara individu
           -  Menggunakan software Microsoft 
               Office Word
           -  Menaip artikel yang diberikan dengan  
               cekap & pantas

3)          Slide Presentation (10/10/2012)
 “KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET”
-         Secara berkumpulan (1kump=10 org)
-         Menggunakan software Microsoft Office Power Point
-         Persembahan antara 5-10 slides

                 

Sunday, September 9, 2012

All The Best to All UPSR's candidates 2012!

image Ya Allah ya Tuhanku..
Kau kurniakanlah kekuatan serta semangat buat semua pelajar Tahun 6 dalam menempuh ujian UPSR pada tahun ini..
Berikanlah ketenangan hati, ketajaman fikiran serta ketepatan dalam membuat setiap jawapan..
Permudahkanlah urusan menjawab peperiksaan ini dan jauhkanlah dari sebarang kelalaian dan kealpaan...
Jadikanlah mereka insan-insan yang berjaya serta  yang mendapat kemenangan  di dalam pembelajaran dan peperiksaan UPSR ini, dan jadikanlah juga mereka hambaMu yang solehah dan bersyukur...
Hanya kepadaMu kami berserah dan kepadaMu juga memohon pertolongan...
Aminn ya rabbal alamin...

Khas buat adik-adik Tahun 6 tersayang…
Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 bermula 11-13 September 2012, 
Selamat berjuang dan Selamat maju jaya!
Semoga berjaya di dunia & cemerlang di akhirat...insyaAllah =)


DO THE BEST, AMONG THE BEST!


Genggam 5A, Genggam 5 waktu solat=TERBAIK!

Sunday, September 2, 2012

Koleksi Soalan UPSR ke dalam eBook

Assalamu'alaikum w.b.t.

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID TAHUN 4 & 5

SILA HANTAR eBOOK KEPADA EIO SEKOLAH DI PUSAT AKSES mengikut jadual di bawah;

AHAD =
5 GHAZALI (9.20pg)
5 SHAFIE (10.50pg)
4 HANAFI (11.20pg)

ISNIN =
4 MALIKI (8.50pg)
5 NAWAWI (9.20pg)

SELASA =
5 NAWAWI 2 (8.50pg)
5 BUKHARI (9.20pg)
4 BUKHARI (11.50pg)

RABU =
5 MALIKI (8.50pg)
4 GHAZALI (10.20pg)
4 SHAFIE (10.50pg)
5 TARMIZI (11.50pg)

KHAMIS =
4 NAWAWI (8.50pg)
5 HANAFI (10.50pg)
4 TARMIZI (12.20t/h)

-Arahan Guru Besar-

NOTA: Nama akan dihantar kepada Guru Besar jika eBook tidak hantar pada masa yang di tetapkan.

Harap maklum, terima kasih di atas kerjasama =)