Assalamua'laikum w.b.t.
Selamat Datang kepada semua pelajar baru ke Sekolah Kebangsaan Tok Jiring bagi sesi 2013.
Kedatangan anda amat dialu-alukan =)
Oleh itu, minta kerjasama SEMUA PELAJAR BARU, SILA JUMPA EIO SEKOLAH dengan KADAR SEGERA sebelum hari RABU (16/1/2013).
Harap maklum & Terima kasih di atas kerjasama yg diberikan (",)
Monday, January 14, 2013
Tuesday, January 1, 2013
Selamat Kembali ke Alam Persekolahan Tahun 2013 =)

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran kami pada tahun ini
& bantulah kami memperbaiki akhlak kami seindah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. yang tercinta...
& bantulah kami memperbaiki akhlak kami seindah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. yang tercinta...
Aamin :)
Sunday, December 23, 2012
Kiamat Rahsia Allah SWT
Amatlah pelik manusia yang menyangka kiamat itu boleh dijangka tarikhnya.
Apakah kemuliaan yang ada pada mereka (ahli sains), hingga menyangka mereka boleh menjangka apa yang Rasulullah SAW sendiri tidak diberikan ilmu tentangnya? ~Hilal Asyraf~
211212,
Jangan biarkan keimanan manusia itu runtuh atas permainan angka!
Kiamat pasti datang apabila tiba waktu yang ditetapkan Allah, kita hanya perlu persiapkan diri dengan iman & aqidah yg teguh..bukan hanya atas nama sahaja ISLAM, tetapi HATI & AMALAN kita seharian selari dengan perintah Allah Ta'ala & sunnah Nabi Muhammad S.A.W. =)
P/s: Ahli sains bukan tuhan yg boleh menentukan bila kiamat terjadi..
Jangan jadi hamba ahli sains TETAPI..
JADILAH HAMBA ALLAH ♥
- BUAT RENUNGAN UNTUK MASA HADAPAN -
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik di Padang Mahsyar kelak kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Jom kita hayati nama-nama Allah yang Maha Indah!

Tuesday, November 27, 2012
Ya Allah, selamatkan Gaza!
Apabila
Allah menyeru agar kita usaha dan berjuang, di akhirat nanti Dia tidak
akan bertanya berjayakah kita? Dia akan tanyakan kembali BERUSAHA kah
kita?
Cakna diri semula, apa usaha kita untuk Palestin?
Adakah hanya sekadar marah perbuatan laknatullah Yahudi-Zionis?
Jangan kita menjadi mereka yang tidak peduli akan tanah Gaza yang mana di Akhirat nanti para Syuhada yang syahid mempertahankan Al-Aqsa akan bertanya balik kepada kita di Padang Mahsyar nanti "APA YANG SUDAH KAU LAKUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN AL AQSA KITA? MEMBELA NASIB SAUDARA SEAGAMA KITA?"
BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak Palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestin... Allah... T.T
''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.
Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.
Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?
Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.
Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.
“YA ALLAH, MEREKA SAUDARA KAMI TETAPI MEREKA TELAH MEMBIARKAN KAMI!”
Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?
Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.
Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

Ayuh terus tembak doa!
Ya Allah, Engkau selamatkanlah umat Islam Gaza & di seluruh dunia!
Aamin..
Tuesday, November 20, 2012
Syabas dan Tahniah buat Semua Calon UPSR 2012
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah..sekalung Tahniah buat seluruh warga SK Tok Jiring di
atas kejayaan memperolehi 45 orang pelajar mendapat 5A di dalam
Keputusan Peperiksaan UPSR 2012 semalam, terutamanya kepada warga pendidik
yang bertungkus lumus membentuk generasi yang cemerlang akademik, akhlak
& agamanya! :)
Semoga kejayaan anda
bermanfaat untuk ISLAM. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa.
Terimalah dengan hati yang redha kerana ini hanyalah ujian kecil di dunia..yang PENTING, kita berjaya dalam ujian 'besar' di akhirat :D
Tingkatkan usaha untuk mencapai
kejayaan cemerlang di dunia & di akhirat! ;)
Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah
berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan
dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah
masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa
menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah
segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya
terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus
mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus
asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.
Sumber: Artikel iluvislam.com
Thursday, November 15, 2012
Salam Ma'al Hijrah 1434H
Hidup ini memerlukan HIJRAH untuk
BERJAYA DI DUNIA & CEMERLANG DI AKHIRAT!
Jom hijrah diri ke arah yang lebih baik serta jalan yang diredhai Allah (",)
Sama-sama hijrah daripada;
Bermain games melalaikan --> Belajar bersungguh-sungguh
Niat kerana hadiah --> Niat kerana Allah
Hidup tiada matlamat --> Hidup kerana Allah

Sunday, November 4, 2012
Program Frog VLE @ SK Seberang Takir
Pada 3 November 2012 (Sabtu), satu program Latihan FROG VLE telah diadakan di SK Seberang Takir. Seramai 4 orang murid SK Tok Jiring telah dipilih untuk menyertai program ini. Murid-murid telah diberi pendedahan tentang Program Frog VLE yang bakal digunakan pada tahun hadapan.Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan, insyaAllah ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)